Saturday, 19 March 2011

Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.




  Pada waktu subuh,hari isnin 12 Rabiulawal,baginda berasa agak selesa,baginda mengangkat tabir dari pintu rumah Baginda.Baginda memandangkan wajahnya ke arah para sahabat Baginda R.A.Mereka solat dengan khusyuk dan tunduk dihadapan Allah di belakang Sayyidina Abu Bakar.Segala puji bagi Allah,masjidnya bercahaya dengan kemunculan Baginda ketika memerhatikan para sahabatnya.Setengah sahabat berkata : “Kami hampir-hampir lalai dari solat solat kami ketika tibanya Rasululullah”.Sayyidina Abu Bakar hampir-hampir berundur dan para sahabat hampir-hampir berpaling.Rasululullah menunjuk dengan tangannya: “Tetaplah di tempatmu”.Kemudian baginda menutup tirai di pintu masuk ke rumahnya.
   Itulah kali terakhir baginda merenung para sahabatnya.Abdullah bin Mas`ud pembantu baginda masuk untuk merawatnya,ketika melihat mereka,Baginda berkata: “Allah memelihara,memeberkati,menyokong serta membantu kamu sekalian”.Inilah salam perpisahan dari seseorang yang merindui teman-temannya.kemudian mereka memberi salam kepada baginda lantasa keluar.Perawi berkata: “Para sahabat kegembiraan ketika mendapati rasululullah memerhatikan mereka dari pintu rumah Baginda”.Mereka sangkakan Baginda kembali cergas.Sesetengah mereka kembali kepada kerja mereka dengan sangkaan itulah rahmat Allah terhadap mereka.Sayyidatina Aisyah berkata: “Baginda meminta izin dari sekalian isterinya untuk dirawat di rumah Aisyah lalu mereka mengizinkan.
    Hari isnin,iaitu hari kewafatan pun tiba…Roh Baginda diambil dirumahku dan dalam dakapanku”.Kata Aisyah:”Ketika kami semua sedang duduk,Fatimah(anak Rasulullah) pun menangis”.Langkahnya menjejaki Ayahandanya.Beliau mendakapnya lalu mengucupnya.Baginda pun mengucupnya.Baginda membisikkan sesuatu ditelinganya.Fatimah mengangkat kepalanya lalu menangis.Kemudian baginda menunjuk kepadanya lagi,lalu Fatimah mendekati Baginda untuk kali kedua.Fatimah menganggkat kepalanya kegembiraan.
   Sayyidatina Aisyah berkata: “Aku tidak pernah melihat tangisan yang disusuli ketawa sebegini”.Lalu Aisyah bertanya: “Apakah yang dibisikkan oleh Ayahandanmu kepadamu?”
Fatimah menjawab: “Janganlah engkau menghiraukan tentang itu sedangkan aku tidak mahu mendedahkan rahsianya ketika Baginda masih hidup”.Setelah kewafatan baginda Aisyah bertanya lagi,Fatimah menjawab: “Ya! Ketika aku mendekatinya,Baginda berkata: “Wahai Fatimah! Jibril telah membawa wahyu kepadaku sekali setahun dan pada tahun ini sebanyak dua kali.Ayahandamu diberi pilihan antara dunia dan Allah Taala,lantas dia memilih Allah Taala.”.Aku(Fatimah) diberitahu bahawa nyawanya akan dicabut pada hari itu lalu aku pun menangis. “ Baginda memanggilku lagi,lalu akupun mendekatinya,Baginda bertanya: “Adakah kamu suka untuk menjadi penghuni para wanita begitu juga orang pertama menjejakiku?”.Kematian itu sesuatu yang menyedihkan kematianmu wahai Fatimah Az-Zahraa?”.Jawabnya: “Berita kematianku ini mempercepatkan aku berjumpa dengan orang yang aku kasihi dan inilah kehidupan sebenarnya bagiku”.
   Kata Sayyidatina Aisyah: “Sebelum itu kami terdengar gerakan di sebalik pintu dan itulah Malaikat Jibril meminta izin dari Baginda untuk masuk”.Kemudain aku mendengar Rasulullah berkata kepadanya: “Wahai Jibril! Allah Taala,Allah Taala, “Kami dapat tahu bahawa sangkaan kami adalah tepat”.Kemudain aku bertanya : “Apa yang telah berlaku wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: Itulah Malaikat Jibril datang berkata bahawa Malaikat Maut(Izrail) berada dihadapan pintu meminta izin kepada Baginda. “ Malaikat Maut itu tidak meminta izin dari sesiapapun sebelum dan selepasmu”.Katanya kepada Nabi: “Allah menyampaikan salam kepadamu”.Katanya juga: “Allah telah merinduimu”. “Jikalau engkau kehendaki,aku akan mencabut rohmu menemui Allah Taala”,jikalau tidak,aku akan biarkan mengikut tempoh masa yang engkau inginkan”.Baginda memilih Allah Taala.Kemudian Malaikat maut pun masuk,Dia mengucapkan salam kepada Nabi Muhammad S.AW.Beliau berkata: “Wahai Rasulullah! Adakah kamu mengizinkanku?”Baginda menjawab ; “Terserahlah kepadamu”. “Berlembutlah ketika mencabut nyawaku”.Malaikat Maut mencabut nyawa Nabi sehabis-habis lembut..Ketika dalam keadaan itu,Jibril yang berada disampingnya memandang ke arah lain,Rasulullah bertanya,mengapa kamu tidak sudi melihatku lagi,Jibril berkata bahawa,seungguhnya aku tidak sanggup melihat kematianmu.
   Malaikat Maut menjalankan tugasnya.Terdengar rintihan suara nabi : “aaahh…!”Nabi S.A.W berkata kepada Malaikat Maut: “Berlembutlah denganku wahai saudaraku Malaikat Maut.Rasululullah sendiri kesakitan kerana kematian.Inikan pula kita sebagai manusia biasa yang tidak dicabut nyawa seperti Nabi..Bagaimanakah halnya dengan mereka yang lalai dengan kematian dalam kehidupan mereka?.mereka tidak merenung seketika pada keadaan nyawa di cabut dan sakaratulmaut.Malaikat Maut bersama Malaikat-malaikat lain yang dimuliakan dengan rawatan terhadap Nabi mencabut nyawa yang amat mulia itu.
   Mereka bergelut dengan roh Baginda dari sentakan kedua kakinya.peluh pun bercucuran dari dahi Baginda seolah-olah ianya butiran permata yang berbau kasturi.Nabi menyapu peluh dari dahinya dan meletakkan tangannya dalam sebekas air ditepinya untuk menyejukkan tubuhnya.Baginda berteriak. “aaahhh…!” “kematian itu amat menyukarkan”.
“Ya Allah! Ringankan kesukaran maut terhadapku”.Maka para Malaikat dari langit turun kepadanya.Malaikat berkata: “Ya Rasulullah! Sesungguhnya salam dan sejahtera ke atas mu dan berkata pada Baginda : sesungguhnya peritnya sakaratulmaut 20 kali ganda kesakitannya.Riwayat lain mengatakan 70 kali ganda sakitnya ia lebih dari perit dari pedang yang ditusuk kedalam.Maka menangislah roh Baginda.Baginda berdoa : “Ya Allah! Ringankan maut terhadapku dan terhadap umatku…!!! “Ya Allah! Ringankan maut terhadapku dan terhadap umatku…!!!”.Lihatlah begitu hebatnya baginda walaupan sakit masih risaukan tentang umatnya.Bagaimana hati kita tidak bergetar merindui Rasulullah?? Bagaimana roh kita tidak terkesan dengan Rasulullah Bagaimana hati kita tidak bergetar apabila diperingatkan tentang Rasulullah??.
   Perkara akhir yang disebut oleh Baginda adalah “Allah….Allah…solat…solat…”,jadi apakah yang kita lakukan terhadap wasiat Nabi pada saat-saat akhir Baginda di dunia ini?
Itulah hubunganmu dengan Tuhanmu supaya kamu ketahui solat yang hakiki wahai orang yang mendahulukan pekerjaan dunianya dan hawa nafsu sebelum solat.Dia telah mendahulukan tidurnya sebelum solat.Wasiat Nabimu yang terakhir adalah,: “solat..solat..,
“berwasiatlah kebaikan pada para wanita”. “Aku berwasiat padamu dengan berbaik-baik dengan keluargaku”.
   Kemudian lidah Baginda menjadi kaku dan roh baginda yang mulia masih belum dicabut.Ia masih berkata-kata dan peringatan ini adalah salah satu cerita tentang keadaan roh Baginda Rasulullah S.A.W.Kalaulah tidak kerana wujudnya hayat Baginda dalam diri kita,nescaya diri kita tidak tersentak ketika disebut tentang kewafatan Rasulullah S.A.W. Getaran hatimu ketika disebutkan kewafatan Baginda adalah sebahagian dari petunjuk yang nyata bahawa kewafatan Baginda adalah satu kehidupan.
   Lidah Baginda menjadi kaku.Aisyah berkata : “Tidakkah kamu suka jika diberi kayu sugi?”
Baginda memberi isyarat dengan kepalanya tanda keinginannya. “Maka aku berikannya kayu sugi itu yang belum dilembutkan itu”. “Kemudian aku mengambilnya dari tangan Baginda”,
   “Ketika mana aku melihat baginda tidak dapat bersugi kerana ianya keras,maka aku mengambilnya serta melembutkannya dengan mulutku,aku berbangga kerana dikalangan sahabat-sahabatku kerana benda terakhir memasuki mulut Baginda adalah air liurku”.Baginda semakin nazak,cahaya memancar pada wajahnya.Ia juga meliputi keluarganya.roh Baginda pun sampai ke halkumnya.Baginda membuka kedua belah matanya.Baginda menunjukkan syarat dengan jari ketauhidannya,Baginda menghirup nafas terakhirnya di dunia ini lalu menyerahkan rohnya pada Tuhannya...Innalillahi wainna ilaihi rajiun….
   Sejahteralah jasad Baginda setelah melalui hari-harinya yang memenatkan serta meletihkan disebabkan kita! Sejahteralah jasad Baginda dapat berehat setelah perutnya diikat dengan batu kerana kelaparan disebabkan kita! Sejahteralah jasad yang pernah dilemparkan dengan batu sehingga melukakannya disebabkan sayangnya kepada ummatnya! Sejahteralah jasad yang pernah dipatahkan gerahamnya disebabkan pengorbanannya untuk kita! Sejahteralah jasad yang pernah dilukakan dahinya dan mengalirlah darahnya lalu Baginda menahannya dengan tangannya untuk menjaga darah yang bersih itu dari terjatuh ke tanah sebagai rahmat bagi mereka dan kita dari kemurkaan Allah! Sejahteralah jasad yang mana kakinya bengkak disebabkan pengabdiannya pada Allah serta dakwah untuk kita! Sejahteralah jasad yang memikul kesukaran,keletihan,kesakitan, dan kelaparan disebabkan dakwah dan teramat sayangnya kepada kita!
   Semua yang telah dilakukan oleh Baginda tidak lain tidak bukan adalah untuk Islam dan ummatnya,sehingga islam itu dapat tersibar ke merata dunia dan kita dapat mengecapi nikmat iman dan islam itu sekarang tanpa perlu berperang dan bersusah payah seperti yang dilakukan oleh Nabi dan para sahabatnya.Apakah kita sanggup membiarkan segala perit susah yang dilakukan Nabi tergadai begitu sahaja??Tidakkah kita sedar siapa diri kita dan apakah tujuan kita ini dicipta??Ayuh pencinta dunia,ayuh pencinta harta,ayuh pencinta benda-benda yang melalaikan,ayuh manusia-manusia yang lalai dan alpa marilah kita sama-sama bangun dari tidur yang diulit mimpi palsu ini dan sedarkan diri kita serta keluarga kita untuk serta masyarakat untuk mengamalkan islam sebenar-benarnya dan memertabatkan islam itu sendiri untuk mendapat keredhoan Allah serta diselamtkan kita dari azabnya.
   Marilah sekali lagi ,jika kita benar-benar mencintai Nabi kita sama-sama sentiasa mengingati junjungan besar kita yang mulia Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasaalam,dengan memperbanyakkan berselawat keatasnya mudah-mudahan kelak di akhirat mendapat syafaatnya dan dipermudahkan hidup didunia dan akhirat.Wallahua`alam…Sabda Nabi S.A.W: “Sampaikanlah walau sepotong ayat”. 


Cintailah Allah dan Rasul lebih dari segala-galanya... 
Aku benar-benar mencintai Rasulullah S.A.W...

No comments:

Post a Comment